Tuesday, March 8, 2011

Kebun Baru Lagiiii

Sori sebab dah terlalu lama tidak update blog ini.
sebab:
1. Sibuk sikit dengan urusan kebun...yang lama juga yang baru...pisang tanduk, kelapa awit dan juga limau kasturi.
2. Selalunya terlupa nak bwk kamera...handphone plak mmg ada dlm kocek tapi kerap kali terlupa nak snap gambar.

Ini pic kebun baru.
Agak luas...lebih kurang dalam 4 ekar.
Dah ada pulak anak-anak pokok sawit.
Cadang nak tanam pisang emas. Tapi satu perkara yang membantutkan projek penanaman pisang emas.
Sukar nak dapat benih di sekitar kawasan tempat tinggal.
Cari-cari dalam blog...ada pembekal yang sudi nak bekalkan anak benih pisang emas dengan harga RM1 sepokok. Tapi duduknya si pembekal benih ni jauh la pulak...Kat Negeri Sembilan...perggghhh jauhnya rasa tak tergamak pulak nak order.
Sekali order pulak kena la banyak2...sedangkan tenaga untuk menyiapkan lubang pokok pulak tak ada. So...terbantutlah rancangan awal.
Akhirnya bila dah fed-up...keputusan yang diambil adalah tanam pisang tanduk.

Ini kebun baru itu.

Ermmm...luas jugak kan..
Seluas mata memandang..
Kebun ini dah dibersihkan oleh partner baru...En Jali
Nanti ada peluang saya masukkan pic beliau



Sebhagian daripada pokok renek yang telah ditebang
Pastinya oleh Encik Jali
Oh ya...Encik Jali ini gagah orangnya
Kira macam badang juga la kiranya


Ini pangkal pokok asam terung burung.
Banyak pokok ni kat kebun ni.
Semua habis kena tebang oleh Encik Jali..
Orang jawa kata 'mancah'


Hai hai...lambat tanam pokok pisang..
Rumpun pokok pisang hutan yang asal telah tumbuh semula


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...