Thursday, March 24, 2011

Tanam Pisang tanduk di kebun baru

Persoalan penting yang berlegar di fikiran.
Benih pisang...baru jer order dah dapat...order 300 anak pokok dibaginya 330 anak pokok...banyak jugak tu
Beli baja organik, beli furadan, beli Blue Ocean (org kedai tu kata benda ni bagus...lebih baik drp bubuh kapur atau GML...try la beli 2 beg)
Cuaca memang panas...selepas kejadian banjir di Segamat tempohari...cuaca sangat panas dan tiada hujan langsung selama 3 minggu...Tanah kat kebun ini keras macam batu, kering tidak berair dan cuacanya agak panas....boleh ke nak tanam.
Tapi memandangkan benih pisang dah sampai...kena kira-kira jugak bila nak tanam.
Siapa yang akan menanam pisang di kebun baru ini.
Fikir punya fikir punya fikir...Akhirnya keputusan di ambil untu membawa semua warga rumahku menanam.


Ini benih pisang


Dah tanam dah.
Tukar cara tanam...sebelu ni tanam baring, kali ni tanam tegak pulak.
Tengok tanah dia tu...makkk oiii kerasnya...tanah bertongkol-tongkol
susah kerja menanam macam ni


Satu lg anak pisang yang 'berjaya' ditanam
Hidup ke tak hidup agaknya?


Hai Kak Ira...menanam jugak ke.
Anak gadisku yg sedang menunggu keputusan SPM
Tak ada kerja...tolong la kerja-kerja di kebun yer


Nisha pun kerja kebun jugak ker.
Nisha la orang yang paling gembira kalau berada di kebun


Hafiz kalau menanam...mesti tersengih
Agaknya inilah petua untuk pisang berbuah besar dan berat.


Cuaca terlalu kering.
Anak pokok perlu dibasahkan dulu supaya dia rasa segarrrrrr


Ni haaaa....akhirnya 7 beg berisi anak pisang dapat dibereskan


Dah tanam 330 pokok...agak luas kan kebun ni.
Tak nampak sebatang pokok pun yang dah ditanam.


Mudah-mudahan anak pisang dapat tumbuh. Aku doakan kau anak-anak pisang dapat menahan cuaca panas dan kering. Aminnnnnnn

4 comments:

  1. salam sejahtera..sy dari hexagon green biotech sdn bhd, kami membekalkan anak pisang berangan dalam polibag dalam skala besar..jika berminat, sila hubungi muhaimin(0193727419) atau muhaimin_biotech@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam..saya mencari pembekal pisang tanduk. Sila wssp saya wati jika kalian ada stok pisang. Terima kasih 0179207033

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan punye blogger. sye bminat nk mgebun pisang. dan sye bminat plak dgn ank gadis dlm gmba tu. yg pki spek tu. boleh sye minta restu nk bkenalan dgn ank gadis tersebut.

    ReplyDelete
  4. Wasalam..sy Rizal...mempunya anak benih pisang tanduk..lokasi muar johor...boleh wasup sy: 0132649213

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...