Wednesday, February 2, 2011

Limau kasturi : Benih 700 pokok

Hari Jumaat -  28 Januari 2011 benih limau kasturi yang aku oder sampai. Banyak betul tu. 700 pokok. Terfikir jugak aku, larat ke nak menanamnya. Inyallah dengan kudrat yang diberiNya aku yakin dan percaya, benih limau kasturi ini akan habis di tanam dengan bantuan site manager dan badang-badang aku.

ketika benih limau ini sampai, dah masuk 3 hari hujan lebat. Dan menurut berita yang aku dengar di tv dan suratkhabar, banjir dah melanda banyak tempat..Segamat, Melaka, Negeri Sembilan...Tenang pun banjir...macamana la agaknya orang Tenang nak mengundi waktu banjir.

Isss...apa pulak cerita pasal mengundi ni. Pada mulanya hajat dihati nak suruh driver lori bawa limau ni hantar terus ke kebun...tapi...tak sampai hati pulak...kalau tersangkut dan tak boleh jalan kerana jalan licin dan lecak....tak kan aku nak tolak lori pulak...adooyaiii tak sanggup aku..so..letakkan dulu kat halaman rumah abah.
Mari tengok pic benih limau 700 pokok.


Cantikkk...perbarisan anak limau nipis..


nampak aje dah banyak...sebenarnya memang banyak


bersusun anak pokok limau..
Di susun 100 satu bahagian..senang dank kira


Daunnya hijau betul lah


berderet-deret


Insyallah semuanya hidup


Siap dah berbuah lagi.
mari kita petik buahnya


Tu diaaaaaa
Buahnya dah dekat boleh dituai ni...
Ermmm masam tak rasanya?
Meh kita tengok benih limau ni. Banyak tau.

2 comments:

  1. usaha tangga kejayaan bro. Teruskan usaha untuk anda sekeluarga. Tahniah. Morek tidak dilupa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...