Sunday, January 23, 2011

Pertanian Menjanjikan Keuntungan?

Sehingga hari ini, udah hampir 4 tahun aku mengushakan kebun kelapa sawit. Dan untuk pertanian jenis kontan pula sudah menjejak bulan yang keempat sejak aku mula berjinak-jinak dan terfikir tentang penanaman pisang tanduk.
Buat masa ini, penghasilan kebun kelapa sawit yang aku usahakan memberikan rezeki yang lumayan sementelahan lagi harga minyak sawit bagi setiap tan berlegar dalam lingkungan RM800/tan. Rasanya sejak mula menceburkan diri dalam bidang persawitan, inilah harga paling tinggi yang pernah aku perolehi. Berbanding pada peringkat awal penceburan aku, harga sawit hanya berada di lingkungan RM350/tan.
Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan sememangnya tidak terbatas.

Namun, kadangkala terpacul juga dibenakku, bagaimana pula dengan harga komoditi pertanian seperti pisang, keledek, seri, daun pandan, keladi, bunga kantan dan lain-lain lagi. Bagaimana carra untuk aku mengoptimumkan   rezeki melalui penanaman kontan ini.
Sifu Anuar memberikan buah fikirannya semalam. Masa paling baik untuk menanam komoditi kontan adalah ketika harga komoditi itu jatuh merudum. Harga komoditi sesuatu hasil pertanian sememangnya sentiasa turun naik. Maknanya ketika harga komoditi seperti serai jatuh teruk, ketika itulah kita menanam, Benih boleh kita dapatkan dengan harga murah dan pada ketika itu sudah pasti tidak ramai yang akan menanam komoditi itu diebabkan harganya rendah.
Penghasilan komoditi sebenarnya tidaklah mengambil masa yang lama. Harapannya adalah, harga akan naik balik dan ketika itu sudah pasti kita akan tersenyum kembali keranan tanaman kita sudah mulai sedia untuk di tuai.
Betul jugak kan?

Begitu jugalah sebaliknya. Dan inilah yang paling kerap berlaku. Ketika komoditi naik, semua orang akan tertarik untuk menanam dan ketika harga komoditi mula nak melambung, penawaran pula terlalu banyak. Akhirnya ...merudum kembali.

Dek kerana aku kemaruk sangat untuk menanam sekarang ni, perkiraan ini kurang ku ambil kira. ku lepaskan dulu keinginan dan keghairahan untuk menanam.
Dan....
Aku cukup mengingati kat-kata sifu Anuar ku ini...."Berbudi pada tanah, Insyallah akan ada hasilnya"
Betul betul betul...
Bravo untuk sifu Anuar.

1 comment:

  1. saudar nak tanya, jika saya menyewa tanah kebun sawit dengan kadar sewa RM 150 sebulan/satu ekar dan luas tanah sawit adalah 5 ekar. berapa kah keuntungan mengikut harga pasaran sawit sekarang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...