Sunday, January 16, 2011

Limau Kasturi : 155 pokok di kebun Utih

Hari ini 15/1/2011. hari Sabtu.
Akhirnya pokok limau yang berbaki 155 pokok dapat aku bawa ke kebun Utih untuk di tanam.

Ada masalah besar untuk proses penanaman.

Pertama :
Susah betul untuk mencari orang untuk menggali lubang bagi menanam pokok limau kasturi. Puas aku cari orang/sesiapa sahaja yang sanggup. Ramai yang tidak sanggup.

Kedua :
akhirnya aku terjumpa seorang pakcik, Paiman namanya. Aku terjumpa dia sedang membersihkan kebun. Setelah ku tanya, akhirnya dia menyatakan kesanggupan untuk membantu menggali lubang tetapi selepas dia melihat keadaan tanah.
Mak oiiiii......mahalnya tawaran dia. Dia nak RM400 untuk proses menggali lubang di seluruh kebun. Aku minta dia berikan cadangan lain. Dia menyatakan kesanggupan untuk mengambil upah 50 sen bagi satu lubang yang digali.

Ketiga:
Aku rasa kedua-dua tawaran ini agak mahal dan tidak berbaloi untuk aku membayarnya.

Akhir:
Dah tak ada orang lain....Jun jugalah yang akhirnya aku nampak untuk membantu menggali lubang. Yehooooo...Lega rasanya.

Akhirnya proses penanaman baki pokok limau kasturi dimulakan pada jam 2.00 petang.


Angin agak kencang...aku melakukan pembakaran terbuka.
asap berkepul-kepul sehingga memedihkan mata


Batang pisang belum berapa nak kering...boleh ke terbakar.
Hehehe...rasanya setakat itu sahaja la dia membakar dirinya


asap masih berkepul-kepul. Tolong...tolong...ada kebakaran
Kebakaran kecil yang tidak memberikan titik merah kepada
maping jabatan kaji cuaca


Ini salah satu daripada pokok limau kasturi yang berjaya
ditanam. Cuba tengok tanah di sekitar pokok.
Macam keras-keras gitu tanahnya.
memang agak keras poooonn.


Ini hasil lambakan hafiz dan faiz.
Mentang-mentang la benih limau kasturi ni diaorang tak beli.
Campak aje yer...



Ini lagi satu pokok limau yang dah di tanam


Ini faiz...dia ni kalau dah kerja...tak ada berhenti. Terusssssss ajer kerja



Deretan anak pokok limau kasturi.
Yer la...pokok kecil lagi...so.... tak berapa nampak la

Nampak tak si Hafiz tu....dia rajin...angkat benih dari depan 
ke belakang...depan ke belakang...
sampai berpeluh-peluh dan kulit menjadi agak gelap...
maklom la ...hari agak panas ketika usaha ini dijalankan


Jun....baik2 api kat belakang tu...
Takut terbakar nanti engkau tu...
Apa pun...Jun mmg dh agak gelap kulitnya...panas pon panas la..asalkan masyuuuukkkk


Site manager 'ladang' limau.
Kak oooo kak...buat apa tu.
Akak main2 piring terbang yer.



nampak serius.
ni ... kalau tanam pokok...kena pastikan polibeg dipotong betul2
lepas tu kena pastikan baja dan penggalak akar tu dah diletakkan di dalam lubang
Posisi menanam juga kena betul...kalau tidak...takut tak tumbuh nanti



apa pun...Alhandulillah...akhirnya proses penanaman semua anak pokok limau kastur berjaya di selesaikan dalam pukul 5.15 petang.

Mission in complete.

Sekrang ni kena tunggu huja turun untuk basahkan akar pokok supaya dia dapat terus hidupppppppppppp.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...