Sunday, December 12, 2010

Penanaman pisang tanduk peringkat awal

Aku baru jer memulakan projek pisang tanduk. Agak sukar untuk mengambil keputusan menanam pisang tanduk. Dengan keadaan tanah tak ada, pengalaman tak ada dan pelbagai masalah lain, aku memberanikan diri menanam pisang tanduk selepas mendapat persetujuan kerjasama dengan seorang rakan.

Pertama kali aku ke Pejabat Pertanian Kulaijaya untuk mendapatkan info berkaitan. Tidak banyak rasanya yang aku perolehi kecuali info berkaitan dengan bantuan yang boleh diberikan kepada petani.

Namun terima kasih kepada en Baharuddin kerana info yang dikongsikan.

Pelbagai persoalan. Mana nak dapat benih.

Akihirnya aku nama dan no tel seorang penanam/pembekal benih pisang tanduk di Felda Inas.

Kali pertama aku beli anak benih adalah sebanyak 1100 anak benih. Harga benih sepokok adalah RM0.50. Kali kedua aku beli anak benih 2 minggu selepas itu sebanyak 700 benih dengan harga yang masih sama.

Pembelian kali ketiga pula sebanyak 700 anak benih lagi. Namun begitu harganya kali ini pulak dah naik menjadi  RM0.60.

Pembelian anak benih secara cungkil daripada induk ni kadang-kadang ada asalahnya. Sudahlah anak benih tidak sama saiz, banyak pulak anak benih tak elok dan rosak dan tidak sesuai di tanam.

Kali keempat aku membeli benih juga sebanyak 700 anak benih yang kata pembekal datang dari pontian. Harganya juga masih RM0.60.

Kali ke lima anak benih aku beli sebanyak 120 pokok, kenam 150 pokok dan stkat ini sudah kali ke tujuh sebanyak 150 anak benih. harapan agar inilah kali akhir aku mebeli anak benih.

Cadangan sifu aku, lain kali beli terus benih anak pisang tanduk secara tisu kultur. Katanya 99% tumbuh. Sekarang ini aku akur dengan kata-kata beliau. (Siapa yang nak lawan sifu...ye tak)


Benih pisang mula pecah tunas. Kira-kira 2 minggu selepas di semai.


Ini pulak anak pokok pisang tanduk umur 3 minggu sebelum pembajaan anak pokok dimulakan. Anak pokok hanya mendapatkan makanan drp baja yang diletakkan dalam lubang semasa penanaman.

7 comments:

  1. saya dari kulai.boleh saya dapatkan maklumat untuk mendapatkan benih pisang tanduk. boleh saya dapat no tel saudara.

    ReplyDelete
  2. Salam saya ade membekal benih pisang tanduk tisu kultur secara percuma. Hubungi saya jika berminat. Min tanah 2 ekar . Nasihat juga diberikan. 018 6664273

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? area mana ni? kalau 3 ekar berapa benih2 diperlukan?

      Delete
  3. Saya zulfahmi Saya adalah pemborong pisang tanduk. Kalau pisang sudah sedia untuk dijual. Sila telefon saya. Sy ambik dgn Harga yg agak tggi. 0137169466

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy perbekal pisang tanduk..klw mahu sila hibungi sy 0178257074 eppy

      Delete
  4. saya juga pembekal pisang tanduk .perlu kan bahan mentah hbungi saye 0147197946

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...