Sunday, January 9, 2011

Time Untuk Menanam Limau



          Alhamdulillah. Akhirnya impian untuk menanam pokok limau kasturi akhirnya termakbul. Penanaman pokok limau kasturi ini telah dimulakan pada 8 Januari 2011(Sabtu). Namun kerja-kerja penanaman tidak dapat disiapkan pada hari tersebut kerana terdapat masalah teknikal. (sebenarnya lubang untuk menanam pokok limau kasturi ini belum siap...jadi tak dapatlah tanam di semua kebun). Lubang yang sepatutnya digali belum lagi disiapkan oleh Jun.

              Penanaman pokok limau kasturi pada hari pertama ini dilakukan dalam keadaan hujan gerimis bercampur hujan renyai-renyai. Ku lihat hafiz dan faiz begitu bersungguh-sungguh. Walaupun hujan turun kadangkala agak kasar, namun tanpa mempedulikannya kedua-dua heroku meneruskan usaha penanaman. dan...hasilnya 87 pokok dapat di tanam.

            Hari kedua iaitu pada 9 Januari 2011, kerja-kerja penanaman diteruskan. Untuk proses ini, kerja yang dilakukan adalah secara 2 dalam 1. Jun menggali lubang yang seterusnya manakala aku dan isteri dan anak-anak menanam pada lubang yang telah digali. nampaknya kaedah ini juga bagus kerana tidak banyak masa terbuang dan lubang yang digali dapat ditanam selepas ianya disiapkan.




Hafiz! Ooooo Hafiz! Buat apa tu.


Ni beul-betul petani. Pernah ke anda jumpa...orang menanam pokok dlam semak. Hehehe. Macmana 
pokok limau nak tumbuh.


Alamak! Site Manage dah tunjukkan apa bahan nak digunakan untuk
proses penanaman pokok limau.
Kena ambik ni, dannnnnnnn....terus buat kerja.
Baik bosssss


Salah seorang sahabat karib Jun. un tebang/tebas pokok dengan parang.
Hafiz pulak tebas pokok dengan kayu. Boleh ke?


Pahlawan cangkul


Berbincang sebelum memulakan tugas menanam pokok limau kasturi.
Antara yang dibincangkan adalah......dot dot dot


Bergayanya Faiz di samping buah hatinya...si pokok limau kasturi


Baldi dah ada, baja dah ada, furadan dah ada, penggalak akar dah ada.
Haaaaa...apa lagi...mari kita mulakan kerja



Pasngan kekasih ini nampak bersungguh-sungguh dan serius.
Nak tanam apa tu kak oiiiii.


Falsafah Hafiz : Bila buat kerja kena serius.


            Kepuasan terpancar di wajah-wajah yang terlibat dalam proses penanaman pokok limau kasturi ini. Walaupun riak wajah menunjukkan kepenatan dan keletihan, namun aku, isteri dan anak-anak cukup gembira kerana proses ini dapat disiapkan. Hafiz dan faiz malah meminta dibelikan air yang sejuk untuk membasahkan tekak dek kerana begitu terasa penatnya menanam. Lega sungguh mereka apabila tekak yang haus dibasahi oleh air 100plus...Ermmmm nyaman begitu. Begitupun...terima kasih Hafiz dan faiz kerana tidak jemu untuk membantu.

            

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...