Petang tadi, semasa aku bersembng2 dengan sahabatku Jali ( sebenarnya beliau juga partner baru untuk projek pisang tanduk di kawasan seluas 4 ekar). Aku akan updatekan projek ini pada post yng akan datang.
Cuma aku nak share dengan anda pembaca petua untuk mengelakkan penyakit karah pisang yang sekarang ni cukup popular di Johor.
Untuk pengetahuan, kalau di Johor penykit ini biasanya menyerang pokok pisang nipah. Namun kata Sifu Lan mengatakan pisang tanduknya turut diserang penyakit ini.
Adoooyaiiii seram jugak aku mendengarnya. Pisang aku baru berusia hmpir 4 bulan. Namun aku serahkan kepada Allah s.w.t untuk urusan ini.
Saturday, January 29, 2011
Pisang Makanan Syurga
Post kali agak berlainan daripada biasa. hari ini kita cuba menyelami khasiat pisang...
sebab tu aku tanam pisang.
KHASIAT PISANG
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium..
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut iaituSebiji pisang sehari dapat menjauhkan anda dari doktor!
Wednesday, January 26, 2011
Limau Kasturi : Kebun baru 2 ekar
Tengok kebun baru ...luasnya lebih kurang 2 ekar. Dalam jangkaan nak tanam 600 pokok limau kasturi lagi.
Dah siap pancang dan marking dengan tali. Cadangan jarak 7 kaki x 8 kki
macam nampak luas....terkerja ke aku ni?
Sebahagian besar kebun telah siap di bakar dan menunggu untuk di tanam
Tengok tu tali...bukan tali pancing,...tapi tali yang dipancang
Cangkul baru beli semalam..guna untuk gali lubang
Inilah rupa tanah tapak baru...tengok yer...banyaknya dahan-dahan, kayu kering
Akhirnya...berjaya juga dilubangkan...nampaknya pokok dah sedia di tanam....opsss baja/CRIP belum dimasukkan lagi
Tunggu untuk progress selanjutnya.
Selamat menanam pokok limau kasturi lagi....
Monday, January 24, 2011
Limau Kasturi : Hidup ke tak hidup
Lawatan dan kerja ke kebun limau kasturi pada 25 Januari 2011 - Selasa
Alhamdulillah...nampaknya hidup subur anak limau katuri.
puhhh puhhh cepat la besar
puhhh puuuhhhh cepat la berbuah
Pakai topi macam apek kat kebun pulak.
Ni cuma aksi nak cantas buah limau.
Sifu aku kata, anak pokok memang ada buah.
Buahnya kena buang..tapi kalau nak ambil untuk di makan...silakan
Tapi perlu dibuang untuk membolehkan pokok mengeluarkan tunas-tunas muda
Haaa tengok tu....buah dah di cantas.
Nampak togel la pulak pokok ni
Ni lgi satu.
Ada buah kan...tengok plak kat bawah.
Haaaa dah tak ada buahnya...
potong jangan tak potong.
Dalam banyak-banyak pokok ...lebih kurang 200 pokok yang di tanam dikebun ini...
Inilah salah satu pokok yang kering daunnya.
Aku pun tak tahu...samada ianya kering sbb dah mati...atau tak cukup air untuk hidup awal...
atau dia kering daun gugur tapi terus hidup dengan mengeluarkan daun-daun baru
Sedih jugak bila tengok anak pokok macam ni...
Apalah dosa kau wahai pokok
Pisang Tanduk: Umur 3 setengah bulan - wowwww
Ini lawatan ke kebun pisang tanduk pada 22 Januari 2011 - Ahad
Geram jugak tengok anak pisang dah mula besar
Tersusun cantik je anak-anak pisang
Haaaa...yang ni lagi cantikkkkkkkk
Tapi semak sikit
Semak ni mmg sengaja belum di racun...supaya nampak hijauuu..hehehe
Inilah barisan kita...yang ikhlas berjuang (maksudnya tumbuh)
Woweeeee caantiknyaaaa
Ini pun sama...nampak cantk
Bila agaknya nak betul2 besar dan berbuah.
Sabar la bang...baru 3 setengah bulan...lagi 3/4 bulan keluar la jantungnya tuuu.
Sunday, January 23, 2011
Pertanian Menjanjikan Keuntungan?
Sehingga hari ini, udah hampir 4 tahun aku mengushakan kebun kelapa sawit. Dan untuk pertanian jenis kontan pula sudah menjejak bulan yang keempat sejak aku mula berjinak-jinak dan terfikir tentang penanaman pisang tanduk.
Buat masa ini, penghasilan kebun kelapa sawit yang aku usahakan memberikan rezeki yang lumayan sementelahan lagi harga minyak sawit bagi setiap tan berlegar dalam lingkungan RM800/tan. Rasanya sejak mula menceburkan diri dalam bidang persawitan, inilah harga paling tinggi yang pernah aku perolehi. Berbanding pada peringkat awal penceburan aku, harga sawit hanya berada di lingkungan RM350/tan.
Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan sememangnya tidak terbatas.
Namun, kadangkala terpacul juga dibenakku, bagaimana pula dengan harga komoditi pertanian seperti pisang, keledek, seri, daun pandan, keladi, bunga kantan dan lain-lain lagi. Bagaimana carra untuk aku mengoptimumkan rezeki melalui penanaman kontan ini.
Sifu Anuar memberikan buah fikirannya semalam. Masa paling baik untuk menanam komoditi kontan adalah ketika harga komoditi itu jatuh merudum. Harga komoditi sesuatu hasil pertanian sememangnya sentiasa turun naik. Maknanya ketika harga komoditi seperti serai jatuh teruk, ketika itulah kita menanam, Benih boleh kita dapatkan dengan harga murah dan pada ketika itu sudah pasti tidak ramai yang akan menanam komoditi itu diebabkan harganya rendah.
Penghasilan komoditi sebenarnya tidaklah mengambil masa yang lama. Harapannya adalah, harga akan naik balik dan ketika itu sudah pasti kita akan tersenyum kembali keranan tanaman kita sudah mulai sedia untuk di tuai.
Betul jugak kan?
Begitu jugalah sebaliknya. Dan inilah yang paling kerap berlaku. Ketika komoditi naik, semua orang akan tertarik untuk menanam dan ketika harga komoditi mula nak melambung, penawaran pula terlalu banyak. Akhirnya ...merudum kembali.
Dek kerana aku kemaruk sangat untuk menanam sekarang ni, perkiraan ini kurang ku ambil kira. ku lepaskan dulu keinginan dan keghairahan untuk menanam.
Dan....
Aku cukup mengingati kat-kata sifu Anuar ku ini...."Berbudi pada tanah, Insyallah akan ada hasilnya"
Betul betul betul...
Bravo untuk sifu Anuar.
Buat masa ini, penghasilan kebun kelapa sawit yang aku usahakan memberikan rezeki yang lumayan sementelahan lagi harga minyak sawit bagi setiap tan berlegar dalam lingkungan RM800/tan. Rasanya sejak mula menceburkan diri dalam bidang persawitan, inilah harga paling tinggi yang pernah aku perolehi. Berbanding pada peringkat awal penceburan aku, harga sawit hanya berada di lingkungan RM350/tan.
Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan sememangnya tidak terbatas.
Namun, kadangkala terpacul juga dibenakku, bagaimana pula dengan harga komoditi pertanian seperti pisang, keledek, seri, daun pandan, keladi, bunga kantan dan lain-lain lagi. Bagaimana carra untuk aku mengoptimumkan rezeki melalui penanaman kontan ini.
Sifu Anuar memberikan buah fikirannya semalam. Masa paling baik untuk menanam komoditi kontan adalah ketika harga komoditi itu jatuh merudum. Harga komoditi sesuatu hasil pertanian sememangnya sentiasa turun naik. Maknanya ketika harga komoditi seperti serai jatuh teruk, ketika itulah kita menanam, Benih boleh kita dapatkan dengan harga murah dan pada ketika itu sudah pasti tidak ramai yang akan menanam komoditi itu diebabkan harganya rendah.
Penghasilan komoditi sebenarnya tidaklah mengambil masa yang lama. Harapannya adalah, harga akan naik balik dan ketika itu sudah pasti kita akan tersenyum kembali keranan tanaman kita sudah mulai sedia untuk di tuai.
Betul jugak kan?
Begitu jugalah sebaliknya. Dan inilah yang paling kerap berlaku. Ketika komoditi naik, semua orang akan tertarik untuk menanam dan ketika harga komoditi mula nak melambung, penawaran pula terlalu banyak. Akhirnya ...merudum kembali.
Dek kerana aku kemaruk sangat untuk menanam sekarang ni, perkiraan ini kurang ku ambil kira. ku lepaskan dulu keinginan dan keghairahan untuk menanam.
Dan....
Aku cukup mengingati kat-kata sifu Anuar ku ini...."Berbudi pada tanah, Insyallah akan ada hasilnya"
Betul betul betul...
Bravo untuk sifu Anuar.
Sunday, January 16, 2011
Limau Kasturi : 155 pokok di kebun Utih
Hari ini 15/1/2011. hari Sabtu.
Akhirnya pokok limau yang berbaki 155 pokok dapat aku bawa ke kebun Utih untuk di tanam.
Ada masalah besar untuk proses penanaman.
Pertama :
Susah betul untuk mencari orang untuk menggali lubang bagi menanam pokok limau kasturi. Puas aku cari orang/sesiapa sahaja yang sanggup. Ramai yang tidak sanggup.
Kedua :
akhirnya aku terjumpa seorang pakcik, Paiman namanya. Aku terjumpa dia sedang membersihkan kebun. Setelah ku tanya, akhirnya dia menyatakan kesanggupan untuk membantu menggali lubang tetapi selepas dia melihat keadaan tanah.
Mak oiiiii......mahalnya tawaran dia. Dia nak RM400 untuk proses menggali lubang di seluruh kebun. Aku minta dia berikan cadangan lain. Dia menyatakan kesanggupan untuk mengambil upah 50 sen bagi satu lubang yang digali.
Ketiga:
Aku rasa kedua-dua tawaran ini agak mahal dan tidak berbaloi untuk aku membayarnya.
Akhir:
Dah tak ada orang lain....Jun jugalah yang akhirnya aku nampak untuk membantu menggali lubang. Yehooooo...Lega rasanya.
Akhirnya proses penanaman baki pokok limau kasturi dimulakan pada jam 2.00 petang.
Akhirnya pokok limau yang berbaki 155 pokok dapat aku bawa ke kebun Utih untuk di tanam.
Ada masalah besar untuk proses penanaman.
Pertama :
Susah betul untuk mencari orang untuk menggali lubang bagi menanam pokok limau kasturi. Puas aku cari orang/sesiapa sahaja yang sanggup. Ramai yang tidak sanggup.
Kedua :
akhirnya aku terjumpa seorang pakcik, Paiman namanya. Aku terjumpa dia sedang membersihkan kebun. Setelah ku tanya, akhirnya dia menyatakan kesanggupan untuk membantu menggali lubang tetapi selepas dia melihat keadaan tanah.
Mak oiiiii......mahalnya tawaran dia. Dia nak RM400 untuk proses menggali lubang di seluruh kebun. Aku minta dia berikan cadangan lain. Dia menyatakan kesanggupan untuk mengambil upah 50 sen bagi satu lubang yang digali.
Ketiga:
Aku rasa kedua-dua tawaran ini agak mahal dan tidak berbaloi untuk aku membayarnya.
Akhir:
Dah tak ada orang lain....Jun jugalah yang akhirnya aku nampak untuk membantu menggali lubang. Yehooooo...Lega rasanya.
Akhirnya proses penanaman baki pokok limau kasturi dimulakan pada jam 2.00 petang.
Angin agak kencang...aku melakukan pembakaran terbuka.
asap berkepul-kepul sehingga memedihkan mata
Batang pisang belum berapa nak kering...boleh ke terbakar.
Hehehe...rasanya setakat itu sahaja la dia membakar dirinya
asap masih berkepul-kepul. Tolong...tolong...ada kebakaran
Kebakaran kecil yang tidak memberikan titik merah kepada
maping jabatan kaji cuaca
Ini salah satu daripada pokok limau kasturi yang berjaya
ditanam. Cuba tengok tanah di sekitar pokok.
Macam keras-keras gitu tanahnya.
memang agak keras poooonn.
Ini hasil lambakan hafiz dan faiz.
Mentang-mentang la benih limau kasturi ni diaorang tak beli.
Campak aje yer...
Ini lagi satu pokok limau yang dah di tanam
Ini faiz...dia ni kalau dah kerja...tak ada berhenti. Terusssssss ajer kerja
Deretan anak pokok limau kasturi.
Yer la...pokok kecil lagi...so.... tak berapa nampak la
Nampak tak si Hafiz tu....dia rajin...angkat benih dari depan
ke belakang...depan ke belakang...
sampai berpeluh-peluh dan kulit menjadi agak gelap...
maklom la ...hari agak panas ketika usaha ini dijalankan
Jun....baik2 api kat belakang tu...
Takut terbakar nanti engkau tu...
Apa pun...Jun mmg dh agak gelap kulitnya...panas pon panas la..asalkan masyuuuukkkk
Site manager 'ladang' limau.
Kak oooo kak...buat apa tu.
Akak main2 piring terbang yer.
nampak serius.
ni ... kalau tanam pokok...kena pastikan polibeg dipotong betul2
lepas tu kena pastikan baja dan penggalak akar tu dah diletakkan di dalam lubang
Posisi menanam juga kena betul...kalau tidak...takut tak tumbuh nanti
apa pun...Alhandulillah...akhirnya proses penanaman semua anak pokok limau kastur berjaya di selesaikan dalam pukul 5.15 petang.
Mission in complete.
Sekrang ni kena tunggu huja turun untuk basahkan akar pokok supaya dia dapat terus hidupppppppppppp.
Friday, January 14, 2011
Pisang Tnduk : Ancaman
Beberapa hari dalam seminggu , mesti aku dan Site manager akan melawat kebun pisang tanduk. Setelah penat menjelajah kebun. Inilah yang kami dapat.
Serangan ulat pada beberapa anak pisang tanduk. Bila diama-amati, kuat makan jugak ulat ni. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup apatah lagi ulat yang makan daun....daun pulak banyak. Wah wah...bukan main kuat makan ulat-ulat ini.
Ulat yang nampaknya begitu berselera makan.
Macamana nak mengurangkan dan menmatkan ancaman sang ulat yang tidak berhenti makan ini. Adakah ianya boleh selesai dengan menyembur racun, ambil ulat dan penyek2kan, atau..... apa cadangan anda.
Pisang Tanduk : Mengemas pokok
Dah masuk 3 bulan umur pokok pisang tanduk aku. daunnya semakin banyak. Bila dah banyak kenalah buang daun-daun yang dah tua dan kering.
Inilah wajah pokok pisang yang tak pernah 'bersolek'
Nampak tak daun-daun yg dah tua dan kering tu.
Itu yang nak kena solek.
Ini pahlawan kebun. Hafiz nampaknya begitu tekun.
Hafiz buat apa tuuuuuu...
Ooooo...sedang menyolek pokok pisang yer.
Inilah rupa pokok pisang yang telah dikemaskan.
Nampak cantik, subur dan ...
Sunday, January 9, 2011
Time Untuk Menanam Limau
Alhamdulillah. Akhirnya impian untuk menanam pokok limau kasturi akhirnya termakbul. Penanaman pokok limau kasturi ini telah dimulakan pada 8 Januari 2011(Sabtu). Namun kerja-kerja penanaman tidak dapat disiapkan pada hari tersebut kerana terdapat masalah teknikal. (sebenarnya lubang untuk menanam pokok limau kasturi ini belum siap...jadi tak dapatlah tanam di semua kebun). Lubang yang sepatutnya digali belum lagi disiapkan oleh Jun.
Penanaman pokok limau kasturi pada hari pertama ini dilakukan dalam keadaan hujan gerimis bercampur hujan renyai-renyai. Ku lihat hafiz dan faiz begitu bersungguh-sungguh. Walaupun hujan turun kadangkala agak kasar, namun tanpa mempedulikannya kedua-dua heroku meneruskan usaha penanaman. dan...hasilnya 87 pokok dapat di tanam.
Hari kedua iaitu pada 9 Januari 2011, kerja-kerja penanaman diteruskan. Untuk proses ini, kerja yang dilakukan adalah secara 2 dalam 1. Jun menggali lubang yang seterusnya manakala aku dan isteri dan anak-anak menanam pada lubang yang telah digali. nampaknya kaedah ini juga bagus kerana tidak banyak masa terbuang dan lubang yang digali dapat ditanam selepas ianya disiapkan.
Hafiz! Ooooo Hafiz! Buat apa tu.
Ni beul-betul petani. Pernah ke anda jumpa...orang menanam pokok dlam semak. Hehehe. Macmana
pokok limau nak tumbuh.
Alamak! Site Manage dah tunjukkan apa bahan nak digunakan untuk
proses penanaman pokok limau.
Kena ambik ni, dannnnnnnn....terus buat kerja.
Baik bosssss
Salah seorang sahabat karib Jun. un tebang/tebas pokok dengan parang.
Hafiz pulak tebas pokok dengan kayu. Boleh ke?
Pahlawan cangkul
Berbincang sebelum memulakan tugas menanam pokok limau kasturi.
Antara yang dibincangkan adalah......dot dot dot
Bergayanya Faiz di samping buah hatinya...si pokok limau kasturi
Baldi dah ada, baja dah ada, furadan dah ada, penggalak akar dah ada.
Haaaaa...apa lagi...mari kita mulakan kerja
Pasngan kekasih ini nampak bersungguh-sungguh dan serius.
Nak tanam apa tu kak oiiiii.
Falsafah Hafiz : Bila buat kerja kena serius.
Kepuasan terpancar di wajah-wajah yang terlibat dalam proses penanaman pokok limau kasturi ini. Walaupun riak wajah menunjukkan kepenatan dan keletihan, namun aku, isteri dan anak-anak cukup gembira kerana proses ini dapat disiapkan. Hafiz dan faiz malah meminta dibelikan air yang sejuk untuk membasahkan tekak dek kerana begitu terasa penatnya menanam. Lega sungguh mereka apabila tekak yang haus dibasahi oleh air 100plus...Ermmmm nyaman begitu. Begitupun...terima kasih Hafiz dan faiz kerana tidak jemu untuk membantu.
Subscribe to:
Posts (Atom)