Thursday, February 3, 2011

Kejadian Menggelikan hati aka menyeramkan

Hari ini 3 Feb 2011 - Khamis. Proses pemindahan benih pokok limau dilakukan dengan bantuan sifu Anuar.Ini plak kejadian yang tidak disangka-sangka. Lihat pic di bawah


Tayar depan dah botak...apa lagi melunsurrrrrrrr aje la bila lalu kat tanah jalan yang basah


Bubuh batu beb..supaya kereta tak meluncur ke depan...Safety procedure


Sebahagian pokok limau masih 'duduk' dalam kereta..sebahagian lagi dah
berpindah kat pokok sebelah belakang pic tu...


Inilah akibatnya...sibuk kontrol stereng dek kerana jalan kebun yang licin..
patah pulak stereng...sampai tercabut...hahahaha...
Pernah ke anda mersai situasi macam ini


Adoyaaaiiiii...cemana ni...destinasi belun sampai...stereng pulak problem...
Cemana nak hantar pokok limau ni..
Tenang aje kata sifu Anuar...kita buat dia pelan-pelan..
Hehehehe ..bertenang dalam gundah

Wednesday, February 2, 2011

Pisang tanduk : Apa kata anda

Ni pic baru. Ambik gambar pada 1 Feb 2011. Puas meronda sekitar kebun pisang. Cuba tengok pisang tanduk siri ke-2 penanaman.


Deretan anak pokok pisang yang sedang membesar...
Siok betul kalau tengok keadaan macam gini.
Ada dekat 40 anak pokok dalam satu barisan macam ni..
Banyak juga kannnn


salah satu anak pokok yang paling subur untuk barisan pokok fasa 2 ini.
Makan banyak kot...sbb tu besar macam gergasi


Inilah barisan anak pokok pisang tanduk...umur 2 bulan


Barisan lain..sudut pic yg sama

Limau kasturi : Penanaman di kebun baru, dimulakan

Ehem-ehem...Semalam 1 Feb 2011..penanaman dimulakan. Cuaca tak menentu kejap hujan kejap panas kejap hujan dan hujan lebat terussssss.
Tetapi penanaman di teruskan juga.


Termenung nampaknya Hafiz..kenapa hafiz.
mak oiiii....luas jugak kebun ini...
banyak lagi yang nak kena tanam ni..
Kalau musim panas...boleh jadi gelap kulit dibuatnya...


Salah satu anak pokok yang dah berjaya di tanam.
Tanah kat sini gembur sungguh..
Senang buat lubang...dan senang kambus


Hafiz cuma mampu angkat 2 polibeg aje ke...
Sempat gak berposing..
Senyum hafiz..senyummmmmmmm

Limau kasturi : Benih 700 pokok

Hari Jumaat -  28 Januari 2011 benih limau kasturi yang aku oder sampai. Banyak betul tu. 700 pokok. Terfikir jugak aku, larat ke nak menanamnya. Inyallah dengan kudrat yang diberiNya aku yakin dan percaya, benih limau kasturi ini akan habis di tanam dengan bantuan site manager dan badang-badang aku.

ketika benih limau ini sampai, dah masuk 3 hari hujan lebat. Dan menurut berita yang aku dengar di tv dan suratkhabar, banjir dah melanda banyak tempat..Segamat, Melaka, Negeri Sembilan...Tenang pun banjir...macamana la agaknya orang Tenang nak mengundi waktu banjir.

Isss...apa pulak cerita pasal mengundi ni. Pada mulanya hajat dihati nak suruh driver lori bawa limau ni hantar terus ke kebun...tapi...tak sampai hati pulak...kalau tersangkut dan tak boleh jalan kerana jalan licin dan lecak....tak kan aku nak tolak lori pulak...adooyaiii tak sanggup aku..so..letakkan dulu kat halaman rumah abah.
Mari tengok pic benih limau 700 pokok.


Cantikkk...perbarisan anak limau nipis..


nampak aje dah banyak...sebenarnya memang banyak


bersusun anak pokok limau..
Di susun 100 satu bahagian..senang dank kira


Daunnya hijau betul lah


berderet-deret


Insyallah semuanya hidup


Siap dah berbuah lagi.
mari kita petik buahnya


Tu diaaaaaa
Buahnya dah dekat boleh dituai ni...
Ermmm masam tak rasanya?
Meh kita tengok benih limau ni. Banyak tau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...