Thursday, December 16, 2010

Pokok Limau Abah

Projek limau aku belum mula lagi.
Tapi aku cukup teruja melihat pokok limau yang abah tanam di sekitar rumah.
Aku dah pergi ke sebuah ladang limau kasturi. Dah tengok pokok-pokok limau kasturi beliau. Dah belajar serba sedikit tentang penanaman pokok limau kasturi.
Tapi...
Abah tanam tak pakai pun teknik sebagaimana yang rakan aku gunakan untuk penanaman pokok limau kasturinya. Namun hasil tanaman pokok limau kasturi abah cukup hebat.

Pokok limau kasturi abah baru berusia dalam 8/9 bulan. Boleh tahanlah kalau nak dibandingkan dengan apa yang abah lakukan. Cuma kemaskan sikit-sikit rumput yang tumbuh kat sekitar pokok jer. Tak payah pun taruh baja. Tapi pokok limau kasturi abah gemuk dan sudah berbuah.



Banyak-banyak pokok yang abah tanam, ini la yang paling ketot


Besar dan gemuk pokok limau kasturi ni.


Ini pun besar jugak. Dah berbuah lagi dan dah boleh dipetik buah limaunya.



Besar dan subur. Pucuk baru banyak pelak tu yang tumbuh. Musim hujan membantu tumbuh pucuk baru kot.



Salah satu buah limau yang besar, cantik dan mulus. Ermmm...geram gak tengok


Putik baru


Berbunga dengan cantik. Boleh dibuat bunga malai ni.


Berbuah...walaupun agak kurang lebat.
Bubuh baja buah bagus ni.


Ada pulak semut buat sarang. Macamana nak ek.

Wednesday, December 15, 2010

Limau oh limau

Perancangan untuk menanam limau di teruskan. entahkan jadi entahkan tidak.

Setelah mendapat kebenaran abah untuk menanam limau di tanah rizab di hujung kampung.

Marilah tengok kebun ni pada peringkat awal.


Macam dalam hutan tebal. Takut nanti pokok limau jadi hutan tebal jugak..hehehe



Ini juga  pokok semak samun dalam 'hutan'




Tenaga utama operasi pembersihan. Jun namanya. Boleh tahan jugak hensemnya.


Jun nampaknya sibuk dengan tuugasnya. Ambil gambar candid aje.


Sebahagian pokok semak samun. anak kayu malah bapak kayu yang berjaya di tumbangkan oleh Jun.



Wah...nampaknya ada lagi tugasan untuk Jun siapkan. "Beres pak" kata Jun.



Jun kerjanya jalan terus...Dia tak toleh kiri kanan pun.



Dua orang anak lelakiku yang nampaknya juga 'gagah' bertarung dengan pokok.


GAGAHNYA BADANG


Semak samun...senang sahaja di selesaikan oleh kedua-dua badang.


Berehat seketika...Masa untuk Kit Kat


Wajah Site Manager sedang memberikan arahan pokok mana yang harus di tumbangkan.


Ini sebahagian buah kopi daripada baki pokok kopi yang ditanam oleh abah kira-kira 15 tahun yang lalu.
Dah berbuah rupanya. Boleh buat kopi cap jantung ni...kopi buatan sendiri.
Aku jumpa banyak tahi musang yang berkopi. Kalau di Indonesia dipanggil kopi luwak. Sekila harganya dekat RM 2000

Sunday, December 12, 2010

Pembajaan pisang tanduk

Selepas sebulan pisang tanduk tumbuh, pembajaan di lakukan.
Banyak juga info yang aku perolehi untuk kaedah pembajaan terbaik bagi pisang tanduk.
Namun aku amat selesa dengan kaedah seorang sigu dari Serkat. Beliau hanya membaja mengunakan baja cap kuda singa. Katanya baja ini antara baja terbaik untuk pokok pisangnya.

Pembelian baja kali pertama - sebanyak 1 beg aku beli.
Baja cap kuda singa.
Bahan asas baja - 15/15/15
Harga RM 106. ( Mahal jugak tu).

Selepas habis membaja, hanya separuh daripada baja digunakan. Ini kerana sebahagian anak pisang belum 'layak' dibaja kerana umur belum cukup sebulan.

Ini hasilnya selepas sebuan dibaja. Dan nak kena baja lagi.



Nampak subur benar. kata sifu aku lagi, kalau daunnya ada gaya keduut-kedut tu kira cukup baja la. Heheeh...harap-harap betul la.




Pembajaan pokok pisang ni untuk memudahkan kira-kira, aku akan baja setiap sebulan sekali. Dan mungkin pada bulan kelima dan keenam aku akan tukar jenis baja. Tak kan nak bagi makanan yang sama...ye tak.

Penanaman pisang tanduk peringkat awal

Aku baru jer memulakan projek pisang tanduk. Agak sukar untuk mengambil keputusan menanam pisang tanduk. Dengan keadaan tanah tak ada, pengalaman tak ada dan pelbagai masalah lain, aku memberanikan diri menanam pisang tanduk selepas mendapat persetujuan kerjasama dengan seorang rakan.

Pertama kali aku ke Pejabat Pertanian Kulaijaya untuk mendapatkan info berkaitan. Tidak banyak rasanya yang aku perolehi kecuali info berkaitan dengan bantuan yang boleh diberikan kepada petani.

Namun terima kasih kepada en Baharuddin kerana info yang dikongsikan.

Pelbagai persoalan. Mana nak dapat benih.

Akihirnya aku nama dan no tel seorang penanam/pembekal benih pisang tanduk di Felda Inas.

Kali pertama aku beli anak benih adalah sebanyak 1100 anak benih. Harga benih sepokok adalah RM0.50. Kali kedua aku beli anak benih 2 minggu selepas itu sebanyak 700 benih dengan harga yang masih sama.

Pembelian kali ketiga pula sebanyak 700 anak benih lagi. Namun begitu harganya kali ini pulak dah naik menjadi  RM0.60.

Pembelian anak benih secara cungkil daripada induk ni kadang-kadang ada asalahnya. Sudahlah anak benih tidak sama saiz, banyak pulak anak benih tak elok dan rosak dan tidak sesuai di tanam.

Kali keempat aku membeli benih juga sebanyak 700 anak benih yang kata pembekal datang dari pontian. Harganya juga masih RM0.60.

Kali ke lima anak benih aku beli sebanyak 120 pokok, kenam 150 pokok dan stkat ini sudah kali ke tujuh sebanyak 150 anak benih. harapan agar inilah kali akhir aku mebeli anak benih.

Cadangan sifu aku, lain kali beli terus benih anak pisang tanduk secara tisu kultur. Katanya 99% tumbuh. Sekarang ini aku akur dengan kata-kata beliau. (Siapa yang nak lawan sifu...ye tak)


Benih pisang mula pecah tunas. Kira-kira 2 minggu selepas di semai.


Ini pulak anak pokok pisang tanduk umur 3 minggu sebelum pembajaan anak pokok dimulakan. Anak pokok hanya mendapatkan makanan drp baja yang diletakkan dalam lubang semasa penanaman.

Aku sebenarnya agak tertarik dengan blog-blog yang memeparkan tentang kejayaan individu dalam bidang pertanian.
Tidak lupa juga melihat kejayaan yang dikecapi oleh individu dan rakan-rakan yang mulai tersenyum puas berkecimpung dalam bidang pertanian.
Sifu pertanian aku Master Anuar yang bermula dengan penternakan ayam dan mula mengalih pandangan kepada penanaman pisang ( pisang berangan mulanya) dan kini bertambah dengan pisang emas, pisang tanduk dan kini sedang memahami dan mengkaji prospek penanaman halia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...